Pasar Tani Mega Putrajaya

Pasar Tani Mega Putrajaya yang bertempat di Precint 2, menggabungkan 2 ciri pasar harian yang berbeza iaitu sebagai pasar tani dan juga pasar malam. Bermula dari pukul 10 pagi hingga lah ke pukul 10 malam, setiap hari Selasa dan Jumaat setiap minggu. “Kemeriahan” nya mula terasa bila menjelang malam, di mana bilangan pengunjung akan bertambah ramai bukan sahaja dari Putrajaya malahan dari kawasan sekitar yang berhampiran. Ia juga telah menjadi salah satu tarikan pelancongan di Putrajaya.

Pasar Tani Mega Putrajaya Pasar Tani Mega Putrajaya Pasar Tani Mega Putrajaya

Pasar tani ini diasaskan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan mula beroperasi pada 1 Mac 2006, telah memberi peluang kepada semua warganegara yang berminat untuk berniaga secara kecil-kecilan dan bersesuaian dengan syarat yang ditetapkan. Ia telah menjadi pemangkin kepada sektor perniagaan IKS di negara ini.

Pasar Tani Mega Putrajaya

Sebut sahaja apa yang diinginkan untuk dinikmati dan pasar tani ini pasti tidak akan menghampakan pengunjung. Bermacam-macam juadah dan barangan di sini. Contohnya seperti daging kambing panggang, kuih-muih, sayuran, daging mentah dan macam-macam lagi.

Pasar Tani Mega Putrajaya Pasar Tani Mega Putrajaya

Pengunjung-pengunjung pasar tani kebanyakannya terdiri daripada kakitangan-kakitangan kerajaan di pejabat-pejabat kerajaan di Precint 2. Mereka boleh mengambil kesempatan untuk memborong barangan keperluan harian selepas dari waktu bekerja atau bagi yang terasa “malas” untuk memasak pada petang hari di sini lah tempat yang sesuai untuk memilih juadah makan malam.

Kelaianan pasar tani ini adalah di mana setiap peniaga telah di bekalkan dengan pakain seragam berwarna merah. Mungkin itu untuk memudahkan pihak pengurusan memastikan yang peniaga di pasar tani ini adalah yang telah berdaftar dan bukan peniaga yang mengambil kesempatan.


Antara menu istimewa, yang menurut citarasa saya sendiri, adalah laksa Penang. Tuan punya gerai laksa ini telah menyediakan meja untuk para pengunjung merasa atau makan terus laksa yang disediakn tanpa perlu membawanya pulang.



Bagi mereka yang gemar untuk mengunjungi pasar tani dan pasar malam, di Pasar Tani Mega Putrajaya ini ada pilihan yang terbaik untuk mereka kunjungi.