DSC_0585aeditweb

Jambatan Sri Gemilang telah dibina untuk menghubungkan Pulau Utama Putrajaya dan Precint 5. Kedudukannya di penghujung Persiaran Perdana yang menempatkan Jabatan-Jabatan kerajaan telah meletakkannya sebagai Jambatan Upacara (Ceremonial Bridge) yang menghubungkan Pulau Utama dan Pusat Konvensyen Putrajaya.

_DSC4135_3_4_aedit1web

Keunikan jambatan ini datangnya dari konsep senibina dan warnanya yang kuning keemasan. Waktu yang paling sesuai untuk menikmati keindahan jambatan tersebut ialah di waktu terbitnya matahari dan juga di waktu petang sewaktu matahari terbenam.

_DSC2098_6_7web

Terletak berhampiran Pusat Konvensyen Putrajaya dan merentangi Tasek Putrajaya, Jambatan Sri Gemilang sering menjadi tumpuan sama ada sebagai pusat daya tarikan pelancongan dan aktiviti seni seperti penggambaran filem ataupun sessi fotografi untuk para pengantin.

Jambatan Gemilang Putrajaya

Jambatan tersebut di bina dengan kepanjangan 240m dari hujung ke hujung dan di lengkapi dengan laluan pejalan kaki dan basikal di kedua-dua bahagian. Menjelang malam, apabila di limpahi dengan sinaran lampu, ia memberikan satu pemandangan yang indah dari atas jambatan tersebut dengan berlatar belakangkan Pusat Konvensyen Putrajaya.

_DSC7033aeditweb

Dan di sinlah sering diadakan pertandingan Bunga Api Peringkat Antarabangsa yang berlansung dalam bulan Ogos setiap tahun bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia.

Advertisements